ANWAR IBRAHIM DITUDUH LIWATSekali lagi Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh liwat. Yang menuduhnya pembantunya yang mendakwa diliwat kali terakhir pada 26 Jun. Maknanya sebelum ini banyak kali lagilah dia diliwat. Ia sekarang menjadi kes polis.
Apa yang menarik, Anwar terus mendakwa ia satu 'fabrication' (satu tuduhan yang dibuat-buat) oleh pihak yang ingin menjatuhkannya ketika beliau sedang hendak naik semula di dalam arena politik Malaysia khususnya idamannya hendak menjadi Perdana Menteri.
Dalam kes liwat pertama dulu yang dakwaannya dibuat oleh pemandunya sendiri, bolehlah beliau dengan mudah menuduh Perdana Menteri masa itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang merancangnya. Kali ini Anwar hendak tuding jarinya pada siapa pula?
Hendak menuduh Dr. Mahathir sudah tidak boleh lagi kerana bekas perdana menteri itu sudah bersara dan tumpuannya sekarang hendak menurunkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dr. Mahathir mungkin lega kerana tindakannya memecat Anwar kerana alasan liwat dulu menunjukkan ianya ada asas dan kebenaran.
Penyokong Anwar yang masih percaya beliau menjadi mangsa politik sudah membuat pelbagai tohmahan yang tuduhan liwat kali ini merupakan satu konspirasi politik dan dipalitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika dilihat pada beberapa laman blog tertentu.
Kalau betullah hendak percaya pada teori konspirasi, elok lagi teori ini kerana ia lebih meyakinkan iaitu "Anwar sengaja dituduh liwat kerana hendak menghancurkan agendanya merampas Kerajaan pada 16 September ini apabila lebih 30 ahli parlimen Barisan Nasional dijadual terjun masuk ke kem pembangkang. Dengan beliau didakwa liwat nanti, pembangkang tidak lagi mempunyai pemimpin dan mereka yang hendak terjun akan berfikir dua kali samada hendak terjun atau tidak kerana orang yang membuat janji dengan mereka sudah tiada". Maka selamatlah Kerajaan BN dan Perdana Menteri Abdullah Badawi daripada ditumbangkan!
Tetapi apa yang nyata, yang menuduh Anwar ialah orang dalamnya atau inggerisnya 'inner circle', tidak kiralah tukang bancuh kopi, yang boleh bebas keluar masuk rumahnya dan berinteraksi dengan beliau.Sebagai orang politik, apa lagi yang Anwar ada untuk dijadikan alasan bagi menepis tuduhan liwat itu selain menuduh kesnya itu sebagai satu konspirasi politik.
Kali ini beliau tidak boleh lari daripada tuduhan itu kerana kali ini tiada lagi kambing hitam!
Good Luck Saudara Anwar!!!
Sunday, June 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment