Monday, December 08, 2008

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Tragedi ini membuktikan betapa manusia tidak pernah mahu belajar dari sejarah. Kejadian tanah runtuh yang berlaku sebelum ini di Malaysia dan di tempat lain di serata dunia menunjukkan samada manusia ini mudah lupa atau sengaja lupa kerana kerakusan kepada keuntungan dan wang ringgit.

Tragedi terbaru ini harus dipersalahkan kepada badan penguatkuasa iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Tidak boleh ditolak bulat-bulat jika ada dakwaan yang menyatakan tragedi ini berlaku akibat tamak haloba atau rasuah di kalangan pegawai dan kakitangan MPAJ yang mudah meluluskan projek-projek yang diketahui boleh membawa malapetaka seperti memberi kelulusan membina rumah atau bangunan dilereng atau atas bukit.

Walau diketahui ia membahaya, rakyat diyakini oleh pemaju dan MPAJ bahawa ciri-ciri keselamatan dipatuhi maka projek perumahan itu diluluskan. Kalau benar MPAJ mematuhi 100 peratus peraturan dan undang-undang serta arahan Kerajaan Persekutuan mengenai bahaya dan larangan mendirikan binaan di lereng-lereng atau atas bukit, pastinya tidak akan ada projek binaan di kawasan seperti Bukit Antarabangsa.

Yang nyata disebaliknya ialah projek-projek tumbuh melata seperti cendawan di segenap pelusuk bukit hinggalah berlaku dengan mudahnya tragedi seperti ini apabila alam dirosakkan oleh manusia yang rakus akan wang ringgit dan mengutamakan habuan untuk diri sendiri. Dalam tragedi seperti ini, MPAJ bersalah! Pemaju bersalah! Pembeli pun bersalah. Eloklah masing-masing menerima padahnya daripada malapetaka ini atas atas perlakuan sendiri.

No comments: