Monday, January 05, 2009

SELAMATKAN IJN

Institut Jantung Negara adalah ilham Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia menjadi ilham setelah bekas Perdana Menteri keempat negara itu dibedah oleh doktor tempatan, dibaca anak Melayu, di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ia tidak menjadi ilham kepada pemimpin sebelum dan selepasnya kerana pemimpin-pemimpin terdahulu mengubati jantung mereka di luar negara. Yang demikian tiadalah keinginan untuk membina satu dalam negara.

Kini setelah berjaya, IJN yang telah merawat ribuan rakyat Malaysia terutama yang kurang berkemampuan, hendak diambilalih oleh sebuah syarikat kelapa sawit Sime Darby yang matlamat utamanya mencari keuntungan semata-mata.

Eloklah, Sime Darby tidak mengusik IJN kerana belum pasti ia dapat menjayakannya terutama dalam memenuhi tuntutan rakyat jelata yang hendak mendapatkan rawatan di institut jantung yang berwibawa itu. Eloklah Sime Darby membuka pusat jantung sendiri dan di seluruh negara kalau betul kononnya IJN sudah tidak mampu menampung permintaan rakyat. Atau mempertingkatkan kemampuannya di hospital yang dikendalikannya di Subang Jaya itu. Itu lebih elok daripada mengusik IJN yang telah berjalan dengan lancar.

Apapun, terdapat tanda-tanda menunjukkan usaha hendak mengambilalih IJN adalah semata-mata mencari keuntungan dan bukannya untuk demi rakyat mendapatkan perubatan yang terbaik. Kerakusan pihak-pihak tertentu inilah yang menimbulkan kemarahan dan kebencian yang meluap kepada pihak yang memegang kuasa yang mengikut telunjuk saja ke mana arah yang dibawa oleh pedagang-pedagang yang menjadikan duit ringgit tuhan mereka!

No comments: