Monday, June 30, 2008

ANWAR- THE GREAT BOLLYWOOD ACTOR

One interesting outcome from this latest 'bontot' event is the cleverness of Anwar in diverting the criminal case against him. Anwar is known for his dramatisation of events, if he wants something or trying to get out of the mud.

Remember the Baling case during his student days? Or the last trial - remember his arsenic poisoning? Remember his complaint about his back pain? Remember his dog collar always stuck on his neck when he went to courts? Remember he moved about on wheel chair? Now no back pain or neck pain. So fast cured!

Now the truth has come out, he went to the Turkish Embassy uninvited said the Turkish Ambassador. He just deposited himself there to get international attention. He got many friends outside Malaysia, who will believe him and will raise their concerns. That's what Anwar wants.

By the way, who wants to kill him? if that is the case, he has been assassinated a long time ago! Even before the opposition could win many state governments in the last elections. Anwar is best described as the best Hindustani or Bollywood actor. Pity his wife Azizah, she has to defend Anwar because he is her husband although she knows Anwar inside out.

Sunday, June 29, 2008

ANWAR IBRAHIM DITUDUH LIWATSekali lagi Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh liwat. Yang menuduhnya pembantunya yang mendakwa diliwat kali terakhir pada 26 Jun. Maknanya sebelum ini banyak kali lagilah dia diliwat. Ia sekarang menjadi kes polis.

Apa yang menarik, Anwar terus mendakwa ia satu 'fabrication' (satu tuduhan yang dibuat-buat) oleh pihak yang ingin menjatuhkannya ketika beliau sedang hendak naik semula di dalam arena politik Malaysia khususnya idamannya hendak menjadi Perdana Menteri.

Dalam kes liwat pertama dulu yang dakwaannya dibuat oleh pemandunya sendiri, bolehlah beliau dengan mudah menuduh Perdana Menteri masa itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang merancangnya. Kali ini Anwar hendak tuding jarinya pada siapa pula?

Hendak menuduh Dr. Mahathir sudah tidak boleh lagi kerana bekas perdana menteri itu sudah bersara dan tumpuannya sekarang hendak menurunkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dr. Mahathir mungkin lega kerana tindakannya memecat Anwar kerana alasan liwat dulu menunjukkan ianya ada asas dan kebenaran.

Penyokong Anwar yang masih percaya beliau menjadi mangsa politik sudah membuat pelbagai tohmahan yang tuduhan liwat kali ini merupakan satu konspirasi politik dan dipalitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika dilihat pada beberapa laman blog tertentu.

Kalau betullah hendak percaya pada teori konspirasi, elok lagi teori ini kerana ia lebih meyakinkan iaitu "Anwar sengaja dituduh liwat kerana hendak menghancurkan agendanya merampas Kerajaan pada 16 September ini apabila lebih 30 ahli parlimen Barisan Nasional dijadual terjun masuk ke kem pembangkang. Dengan beliau didakwa liwat nanti, pembangkang tidak lagi mempunyai pemimpin dan mereka yang hendak terjun akan berfikir dua kali samada hendak terjun atau tidak kerana orang yang membuat janji dengan mereka sudah tiada". Maka selamatlah Kerajaan BN dan Perdana Menteri Abdullah Badawi daripada ditumbangkan!

Tetapi apa yang nyata, yang menuduh Anwar ialah orang dalamnya atau inggerisnya 'inner circle', tidak kiralah tukang bancuh kopi, yang boleh bebas keluar masuk rumahnya dan berinteraksi dengan beliau.Sebagai orang politik, apa lagi yang Anwar ada untuk dijadikan alasan bagi menepis tuduhan liwat itu selain menuduh kesnya itu sebagai satu konspirasi politik.

Kali ini beliau tidak boleh lari daripada tuduhan itu kerana kali ini tiada lagi kambing hitam!
Good Luck Saudara Anwar!!!

Friday, June 27, 2008

NAK TUNGGU SAMPAI BILA?

Dipetik berita Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak belum dapat memberi kata putus samada hendak bertanding jawatan Presiden UMNO pada Disember ini atau tidak. Kalau beliau tidak gentar, apa yang beliau tunggu kini tidaklah dipastikan apa?

Lain kali jawablah dengan berlapik tetapi tegas seperti "kalau orang calonkan saya untuk jawatan itu, saya tidak akan menolak"!

Kalau lambat hendak beritahu, bimbang nanti, "yang dikendong keciciran yang dikejar tak dapat"!

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari Khamis berkata beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata belum tiba masa untuk beliau mengumumkan mengenai perkara itu.

"Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi," katanya selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Khamis malam.

Mengikut peraturan Umno, calon jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan bahagian Umno di seluruh negara.

Thursday, June 26, 2008

MONEY FOR THE PEOPLE

Since when do the BN Federal Government needs to consult opposition-held Penang state government regarding projects with money coming out from its coffer? Too bad the Penang people who voted the present state government have to miss this modern transportation which could alleviate their traveling plights in the island city with its arrogant taxi drivers and hoodlum bus drivers.

I believe the money would go to the Malaysia heartlands - Seberang Perai (Penang), Kedah, Perak, Selangor, Sabah and Sarawak-as the government wants to woo and retain the Malay and Bumiputera voters for the 13th General Elections.

Penang CM Not Happy With Mid-term Review Of 9MP

PENANG, June 26 (Bernama) -- The Penang state government is disappointed with the decision by the federal government to put on hold the RM2 billion Penang Monorail and RM1.5 billion Penang Outer Ring Road (PORR) projects which were scheduled to take off during the Ninth Malaysia Plan.

Chief Minister Lim Guan Eng said the Penang government should be consulted before the federal government made any decision to hold back these projects because they would affect the state economy.

The Economic Planning Unit of the Prime Minister's Department (EPU), in the Mid-Term Review of the 9MP (2006-2008) said the government will spend RM160 billion on people-centred projects that will bring tangible benefits and improve the quality of life of the people for the remaining period of the Ninth Malaysia Plan from 2008 to 2010.

Projects that are not people-centred under the original Plan will be put on hold or deferred to the 10th Malaysia Plan. These include the RM2 billion Penang Monorail and RM1.5 billion Penang Outer Ring Road.

Tuesday, June 24, 2008

JOURNALISTS BARRED FROM PARLIAMENT LOBBY

The Parliament has barred journalists from loitering in the lobby so not to create chaos during the parliament session, according to news reports today.

To the Malaysian press particularly the main stream media, my advice, don't cover Parliament at all! Wasting time listening to 'donkeys' and 'monkeys' from both the government and opposition sides, treating the parliament like a zoo.

It's better to go to the ground and cover the rakyat. Report their events, how are they surviving during the hardship now, their sufferings, what have the 'monkeys' and 'donkeys' done to their kawasan since they won the General Elections! The real thing is what's happening on the ground, whether the rakyat that voted them into Parliament benefited from it or not.

The parliamentarians can tell and claim anything in the august house. Whether it's true or not is a different matter because its their privilege to talk rubbish. The Parliament actually just a talk-shop!!! So pressmen stop going to Parliament unless you want to hunt the deers!!

Sunday, June 22, 2008

TIMBALAN PRESIDEN MIC
lebih kuah dari sudu

G. Palanivel sanggup menghina Tun Mahathir kerana hendak menjaga bosnya Samy Vellu. Palanivel bukan pemimpin India bervisi. Ia bernasib baik kerana Samy menggunakannya untuk menghapuskan Timbalan lama Subramaniam yang banyak tidak bersetuju dengan Samy dalam banyak hal. Bekas wartawan Bernama ini cuma berada di tempat dan waktu yang sesuai untuk melangkah naik atas tangga parti MIC hingga menjadi Timbalan Presiden.

Palanivel, kerana kulitnya sama dengan pemimpin hindraf dan juga sudah hilang jawatan dalam kerajaan Persekutuan, baru berani menyuarakan pendiriannya. Nyata sikapnya sebelum ini yang lembut dan bersahabat dengan kaum-kaum lain hanyalah pura-pura. Itulah kerana politik, orang seperti Palani akan sanggup menonggeng jauh ke bawah (inggerisnya stoop low). Orang macam ini tidak akan pergi jauh dalam politik majmuk Malaysia.!

Saturday, June 21, 2008



WHERE IS THE TRANSPARENCY?

The present Federal government has been talking about transparency, integrity and justice in the admnistration since Abdullah Badawi became PM. Many government decisions by the previous administration under former PM Mahathir Mohamad have been re-examined as they were said to be made opaquely, although Abdullah was also involved in deciding it as he was part of the past administration. Now it is time for Abdullah's administration to reveal the amount of ex-gratia given to the judges involved in the Tun Salleh Abbas' case as the money belonged to the rakyat - yours and mine! Why is it so secretive to mention it? Are the ex-gratias given were so little or too big an amount of money that the government is scared to reveal it? This may be trivial. But since the issue is about transparency, well it's worth to know about it. This KL Senator is right on course!


Syed Ali Wants Govt To Reveal Amount Of Ex-gratia Paid To Former Judges

KUALA LUMPUR, June 20 (Bernama) -- A senator Friday urged the government to reveal the amount of ex-gratia payments to six former judges who were either sacked or suspended from duties during the 1988 judicial crisis.Senator Datuk Syed Ali Al-Habshee said the government had the responsibility to reveal the amount as the payment involved "the people's money"."The people have the right to know," he told Bernama.He noted that Minister in the Prime Minister's Department Datuk Zaid Ibrahim had declined to reveal the amount each time the de facto law minister handed over the payment to the former judges.

Friday, June 20, 2008



PM ABDULLAH MASIH DI AWANGAN

Selepas bermesyuarat dalam perjumpaan tergempar Barisan Nasional untuk membincangkan langkah Parti Maju Rakyat Sabah untuk mengusul undi tidak percaya kepada Abdullah sebagai Perdana Menteri di Parlimen, Isnin ini, Abdullah memberitahu persidangan akhbar bahawa perkembangan terbaru itu adalah satu perkara biasa dalam politik!!!

Katanya BN telah diberi mandat besar untuk memerintah negara dan beliau sebagai Perdana Menteri perlu meneruskan kerjanya dan pedulikan tindakan-tindakan yang cuba memesongkan tumpuannya.

Pendirian Abdullah ini ibarat si burung unta yang membenamkan kepalanya ke dalam pasir!!

Wednesday, June 18, 2008


USUL TAK PERCAYA KEPADA PM PAK LAH

Ura-ura Parti Maju Rakyat Sabah untuk mengusul undi tidak percaya kepada Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri di persidangan Parlimen 23 Jun ini adalah satu tamparan paling hebat kepada beliau kerana sebelum ini beliau kerap berkata parti-parti Barisan Nasional di negeri bawah bayu itu taat menyokongnya.

Setiap kali pulang dari melawat Sabah, Abdullah berkata ahli-ahli parlimen BN di Sabah memberikan taat setia kepada beliau sebagai pemimpin BN dan Perdana Menteri Malaysia, walaupun banyak kehilangan kerusi dan tidak memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen.

Berbilion-bilion ringgit telah dijanjikan Abdullah kepada Sabah dan Sarawak sebagai balasan kepada rakyatnya yang hampir kesemuannya mengundi BN.

Tetapi jelas itu tidak mencukupi kepada salah satu parti komponen BN itu. Sudah terang dan lagi bersuluh, bukan wang ringgit yang dimahukan oleh orang Sabah. Apa yang dimahukan ialah supaya Abdullah berundur dan tidak lagi menjadi Perdana Menteri kerana jika beliau terus memimpin, negara boleh hancur!

Samada Abdullah masih tidak faham mesej yang hendak disampaikan kepadanya sudah berkali-kali bukan sahaja oleh orang Sabah, malah ramai orang di Semenanjung, tidaklah dapat dipastikan atau beliau sengaja tidak mengendahkannya.

Apa yang telah dikomen oleh Abdullah mengenai tindakan parti dari Sabah itu ialah pemimpinnya iaitu Yong Teck Lee "tamak, kerana tidak dapat apa yang dimintanya".