Tuesday, February 10, 2009

BEKAS MB PAS PERAK NIZAR PEMUSNAH BANGSA MELAYU
Nizar dari awal lagi sebaik menjadi mb perak selepas pru 12 2007 sememangnya tidak menghormati raja melayu. kes pertama ialah soal pertukaran pengarah majlis agama islam perak yang dibuatnya tanpa merujuk kepada raja perak seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan negeri perak yang menyatakan apa-apa hal yang menyentuh agama islam mesti dirujuk pada raja. dan terakhir ialah pada awal bulan februari 2009 bila beliau enggan meletak jawatan mb setelah dititah raja perak selepas beliau kehilangan sokongan majoriti di dun apabila tiga adun pr lari meninggalkan pr dan menyokong bn.

sebenarnya nizar dan pas adalah sebuah politik yang tidak menyukai kepada pemerintahan beraja kerana mereka berpendapat ia bertentangan dengan islam. mereka sebenarnya berjuang mahu menubuhkan pemerintahan yang diketuai oleh ulamak. mereka mahu menjadikan malaysia seperti sebuah republik. mereka menjadikan beberapa negara seperti iran yang pada satu masa dikuasai oleh shah iran tetapi kemudiannya ditumbangkan oleh revolusi rakyat, sebagai contoh. mereka hendak menghapuskan sistem pemerintahan beraja dan menggantikannya dengan sistem mullah.

sebab itu dari awal lagi nizar dan pas mengenepikan raja perak dalam semua tindakannya. pas lah yang nanti akan menghapuskan orang melayu dan bangsa melayu di tanah melayu kerana mereka berpegang bahawa semangat kebangsaan adalah bertentangan dengan agama islam.

No comments: