Saturday, May 24, 2008


HILANG SUDAH SATU TANAH AIR
Pulau Batu Puteh
Hilang sudah satu pulau milik negara kepada Singapura pada 23 Mei 2008 selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda memutuskannya demikian.
Walaupun cuma pulau batu, ia amat strategik daripada segi kedudukan kepada sesiapa yang memilikinya.
Banyak yang boleh dipelajari daripada pengalaman buruk ini. Sikap tidak ambil peduli atau ambil mudah, kealpaan atau kelalaian, tidak bijak atau cekap, dan tidak mempunyai pandangan kritis dan strategis dalam apa juga tindakan atau situasi yang berlaku di sekeliling telah membawa kemudaratan kepada kemerdekaan, kedaulatan dan maruah bangsa dan negara.

No comments: