Wednesday, June 18, 2008


USUL TAK PERCAYA KEPADA PM PAK LAH

Ura-ura Parti Maju Rakyat Sabah untuk mengusul undi tidak percaya kepada Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri di persidangan Parlimen 23 Jun ini adalah satu tamparan paling hebat kepada beliau kerana sebelum ini beliau kerap berkata parti-parti Barisan Nasional di negeri bawah bayu itu taat menyokongnya.

Setiap kali pulang dari melawat Sabah, Abdullah berkata ahli-ahli parlimen BN di Sabah memberikan taat setia kepada beliau sebagai pemimpin BN dan Perdana Menteri Malaysia, walaupun banyak kehilangan kerusi dan tidak memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen.

Berbilion-bilion ringgit telah dijanjikan Abdullah kepada Sabah dan Sarawak sebagai balasan kepada rakyatnya yang hampir kesemuannya mengundi BN.

Tetapi jelas itu tidak mencukupi kepada salah satu parti komponen BN itu. Sudah terang dan lagi bersuluh, bukan wang ringgit yang dimahukan oleh orang Sabah. Apa yang dimahukan ialah supaya Abdullah berundur dan tidak lagi menjadi Perdana Menteri kerana jika beliau terus memimpin, negara boleh hancur!

Samada Abdullah masih tidak faham mesej yang hendak disampaikan kepadanya sudah berkali-kali bukan sahaja oleh orang Sabah, malah ramai orang di Semenanjung, tidaklah dapat dipastikan atau beliau sengaja tidak mengendahkannya.

Apa yang telah dikomen oleh Abdullah mengenai tindakan parti dari Sabah itu ialah pemimpinnya iaitu Yong Teck Lee "tamak, kerana tidak dapat apa yang dimintanya".

No comments: