Friday, June 27, 2008

NAK TUNGGU SAMPAI BILA?

Dipetik berita Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak belum dapat memberi kata putus samada hendak bertanding jawatan Presiden UMNO pada Disember ini atau tidak. Kalau beliau tidak gentar, apa yang beliau tunggu kini tidaklah dipastikan apa?

Lain kali jawablah dengan berlapik tetapi tegas seperti "kalau orang calonkan saya untuk jawatan itu, saya tidak akan menolak"!

Kalau lambat hendak beritahu, bimbang nanti, "yang dikendong keciciran yang dikejar tak dapat"!

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari Khamis berkata beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata belum tiba masa untuk beliau mengumumkan mengenai perkara itu.

"Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi," katanya selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Khamis malam.

Mengikut peraturan Umno, calon jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan bahagian Umno di seluruh negara.

No comments: