Wednesday, July 16, 2008

ANWAR IBRAHIM VS SHABERY CHEEK

Tiada perkara baru yang didebatkan dalam soal kenaikan harga minyak antara mereka berdua malam tadi. Semua yang ditimbulkan sudah pun menjadi pengetahuan umum. Tidak ada pun jalan penyelesaian.

Anwar ambil mudah sahaja. Berikan dia kuasa menjadi Perdana Menteri dengan kerajaan barunya, tahulah apa dia hendak buat. Tetapi Anwar tidak boleh kelentong setiap rakyat setiap masa. Bukan mudah mengawal harga minyak yang dikuasai oleh pedagang asing yang mementingkan untung semata-mata. Minyak yang ada di negara kita cukup makan sahaja.

Shabery pun tidak memperincikan kenapa kerajaan telah menaikkan harga minyak padahal inilah wadah yang terbaik untuk kerajaan memberi penjelasan yang meyakinkan. Beliau sibuk mengungkit kisah silam Anwar yang semua orang tahu kaki gempak dan kelentong. Beliau jelas tidak profesional dan meyakinkan.

Hasilnya, rakyat menghabiskan masa untuk menyaksikan mereka yang mempunyai kepentingan politik peribadi - seorang hendak menjadi Perdana Menteri dan seorang lagi mencari populariti dan tempat dalam hieraki UMNO - sedangkan rakyat masih terbeban dan terpinga-pinga dengan kehidupan yang semakin payah dan merunsingkan.

--------------------------

Many people have said the debate was a good sign of the openness of the present government. They said the room for the freedom of expression has been unlocked . They said the winner is the Abdullah Badawi's government.

But they forget the real loser is the people! What 's the use of freedom of expression if it leads to nought, if the people continue to have empty stomach!!

No comments: