
Anwar Ibrahim seperti biasa akan memberi pelbagai alasan untuk menyelamatkan dirinya. Yang terbaru ialah apabila disuruh 'mubahalah' iaitu bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan kebenaran yang beliau tidak terlibat dengan tuduhan liwat dengan pembantunya baru-baru ini, Anwar telah meletakkan pelbagai syarat.
Padahal, inilah jalan keluar yang paling mudah, cepat dan afdal untuk beliau meleraikan dirinya dengan kes liwat itu. Tidak perlu meminta kehadiran ulamak, sampai hendakkan ulamak dari luar negara, empat saksilah dan sebagainya. Anwar jelas berbolak-balik kerana beliau memang tidak mahu menjunjung Al-Quran kerana beliau amat takut terkena atau termakan sumpahan atau bala yang akan diturunkan ke atasnya oleh Tuhan jika beliau berbohong.

Pada Anwar, tepuk dada tanya selera!
No comments:
Post a Comment