Saturday, July 12, 2008

KEKALAHAN BN DI PRU12 SATU RAHMAT?

Dipetik PM Abdullah Badawi berkata kekalahan Barisan Nasional pada pilihanraya umum lalu membawa rahmat. Apa yang rahmat? Begitulah sikap Abdullah apabila hendak meleraikan dirinya daripada sebarang isu atau masalah.

Sebenarnya, Abdullah ini, seorang yang tinggi ilmu agamanya, menggunakan takdir sebagai alasan dalam apa perkara yang menimpanya. Dia akan bersikap ambil mudah, tidak kisah dan acuh tak acuh kerana apa yang berlaku akan dikatakannya sudah takdir.

Beliau langsung tidak mahu menerima hakikat masalah yang timbul dalam bukan sahaja BN and UMNO, malah negara adalah kerana kepimpinannya yang lemah tidak bermaya dan bervisi!

Nasib baik BN tidak kalah habis kalau tidak apa pula Abdullah akan kata. Takdir juga!

KUALA LUMPUR, 12 Julai (bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas menyimpan pelbagai rahmat apabila berjaya mendidik Barisan Nasional (BN) untuk tabah menerima erti kegagalan dan kekecewaan dalam usaha murni berjuang untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata keputusan yang menyaksikan kemerosotan BN itu bukanlah satu tragedi yang perlu diratapi selama-lamanya dan sebaliknya semua pihak dan parti komponen BN perlu bangkit mulai sekarang untuk memperkukuhkan perjuangan dan usaha mendekati rakyat.

"Apa yang berlaku, telahpun berlaku. Apa yang penting ialah reaksi kita selepas itu dan apa yang patut kita lakukan selepas itu.

"Kalau kita tidak sedia melihat perkara ini sebagai satu pengajaran, maka tentulah apa yang akan berlaku kepada kita ialah kesusahan yang berpanjangan... Ini adalah perasaan dan sikap saya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.

No comments: