Tuesday, July 15, 2008

TANGKAP SAJA ANWAR!

Anwar Ibrahim patut ditangap terus. Dialah punca negara tidak habis-habis kecoh. Rakyat sudah membuat pilihan siapa mereka mahu memerintah negara dan negeri-negeri pada pilihanraya lalu. Tunggulah lima tahun lagi kalau pun ingin menjadi Perdana Menteri. Biarkan rakyat putuskan siapa yang mereka hendak pilih seterusnya.

Tidak perlulah Anwar buat banyak gempak. Rakyat ramai juga yang susah. Polis terpaksa bertindak menjaga ketenteraman awam yang tidak terlibat dan tidak mahu terlibat. Dalam sejarah demonstrasi yang beremosi mana ada demonstrasi secara aman. Cukuplah. Apa yang berlaku di negara ini kini adalah pilihan rakyat juga.

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi tempoh sehingga pukul 2 petang esok untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bagi memberi keterangan berhubung kes liwat yang didakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin memberi amaran bahawa jika arahan itu diingkari, polis akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


Mohd Bakri berkata tindakan undang-undang juga akan dikenakan terhadap sesiapa yang cuba menghalang tugas polis daripada menahan Anwar nanti. "Polis akan ambil tindakan undang-undang jika beliau tidak hadir dan sesiapa yang menghalang kerja kami akan dikenakan tindakan di bawah Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

No comments: