Thursday, July 31, 2008

ANWAR LICIK BERTANDING UNTUK CETUS KEKACAUAN KERANA AKAN DITUDUH LIWAT

Dengan tiba-tiba Azizah lepaskan Permatang Pauh supaya suaminya Anwar Ibrahim dapat bertanding. Ini merupakan satu strategik licik Anwar. Anwar sudah tahu beliau akan ditangkap tidak lama lagi atas tuduhan liwat. Dengan menjadi calon untuk bertanding di Permatang Pauh dan apabila beliau tangkap, akan hebohlah satu dunia bahawa ia merupakan satu konspirasi untuk menyekat beliau daripada bertanding.

Amerika Syarikat, Perancis, Britain, EU, IMF dan konco-konco Amerika seperti biasa akan bantah kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Badawi kerana ia akan dianggap komplot jahat politik Kerajaan dan tindakan menangkap Anwar telah melanggar hak asasi dan demokrasinya.

Itulah yang Anwar mahukan. Beliau hendak menunjukkan kepada dunia bahawa betapa zalimnya Kerajaan Malaysia terhadap beliau. Beliau akan menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan tuduhan liwat ke atasnya semata-mata untuk menghalangnya daripada bertanding dan betullah dakwaannya selama ini bahwa semua ini merupakan satu konspirasi jahat Kerajaan Malaysia terhadap beliau.

Maka, akan hilanglah kes liwatnya yang memang inilah yang Anwar mahukan. Terlepaslah beliau dari tuduhan itu kerana ia merupakan satu konspirasi!

Dipetik berita-berita ini: Dan peta P44 Permatang Pauh

Wan Azizah Kosongkan Kerusi Permatang Pauh Untuk Beri Laluan Kepada Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Wan Azizah, 55, berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 31 Julai, 2008 16:36 PM


Siasatan Kes Liwat Anwar Ibrahim Selesai: Syed Hamid

PUTRAJAYA, 31 Julai (Bernama) -- Siasatan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Katanya adalah menjadi prosedur pihak polis untuk menyerahkan kertas berikut kepada pejabat Peguam Negara sebaik sahaja proses siasatan selesai dilakukan. 31 Julai, 2008 19:18 PM

2 comments:

Anonymous said...

GO TO HELL! ITS WAITING FOR YOU!

Anonymous said...

ahhaah..sorry dude u r all alone..