Saturday, July 12, 2008

BLOG DAN SMS TULAR BUDAYA FITNAH?

Dipetik seorang menteri berkata demikian. Sebenarnya sejak berkurun dulu lagi sewaktu belum ada internet dan telefon, tabiat menfitnah ni sudah wujud pun. Banyak kesultanan, empayar, dinasti, bangsa, komuniti, perhubungan, keluarga dan banyak lagi hancur musnah kerana mulut manusia yang berbisa ini!

Nampaknya alat-alat teknologi kemunikasi baru ini jadi kambing hitam kepada masalah politik dalam negara di bawah pimpinan PM Abdullah Badawi!

KOTA BAHARU, 12 Julai (Bernama) -- Budaya fitnah melalui blog dan khidmat SMS yang semakin menular kini dikhuatiri akan merosakkan tamadun bangsa dan menghancurkan negara jika tidak dikawal, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata kementerian memandang serius budaya itu kerana terdapat kecenderungan rakyat semakin mempercayai blog dan SMS sedemikian.

"Ini yang merisaukan kerajaan kerana budaya fitnah melalui blog dan SMS sudah ditahap yang boleh merosakkan budaya bangsa yang akhirnya boleh menghancurkan negara. Ia perlu dikawal segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jiranku Keluargaku di Padang Perdana di sini Sabtu.

Mohd Shafie berkata rakyat dinasihat menilai terlebih dahulu kandungan blog dan SMS yang diterima mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

No comments: