Tuesday, July 08, 2008

ANWAR TAKUT SUMPAH DENGAN AL-QURAN

Anwar Ibrahim seperti biasa akan memberi pelbagai alasan untuk menyelamatkan dirinya. Yang terbaru ialah apabila disuruh 'mubahalah' iaitu bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan kebenaran yang beliau tidak terlibat dengan tuduhan liwat dengan pembantunya baru-baru ini, Anwar telah meletakkan pelbagai syarat.

Padahal, inilah jalan keluar yang paling mudah, cepat dan afdal untuk beliau meleraikan dirinya dengan kes liwat itu. Tidak perlu meminta kehadiran ulamak, sampai hendakkan ulamak dari luar negara, empat saksilah dan sebagainya. Anwar jelas berbolak-balik kerana beliau memang tidak mahu menjunjung Al-Quran kerana beliau amat takut terkena atau termakan sumpahan atau bala yang akan diturunkan ke atasnya oleh Tuhan jika beliau berbohong.
Jika beliau tidak bersalah Al-Quran boleh menjadi pegangannya. Soal aib tidak timbul kerana beliau boleh memberitahu dunia bahawa beliau tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Ia sebaliknya akan mengaibkan orang lain yang menuduhnya.

Pada Anwar, tepuk dada tanya selera!

No comments: