Tuesday, July 15, 2008

MUHYIDDIN BOLEH KALAHKAN NAJIB?

Dipetik pandangan baru CheDet mengenai krisis kepimpinan dalam UMNO. Teori CheDet ini boleh pakai juga. Melihatkan Najib memberi kesetiaan melulu kepada Abdullah Badawi sampai tidak berani bersuara apa-apa dan bukan ketaatannya dicurahkan untuk kebaikan ahli dan parti UMNO, memang Muhyiddin boleh merampas jawatan Timbalan Presiden UMNO itu.

Muhyiddin telah menunjukkan kredibilitinya sebagai pemimpin yang berani bersuara walaupun terhadap Abdullah demi kebaikan orang Melayu dan UMNO.

Dr Mahathir Lihat Muhyiddin Boleh Kalahkan Najib Untuk Jawatan Timbalan Presiden Umno

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno sekiranya beliau bertanding pada pemilihan parti Disember ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno, beliau mungkin ditentang oleh Muhyiddin di mana keputusannya mungkin berpihak kepada Muhyiddin.

"Tanggapan umum terhadap Najib ialah beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak mempunyai pendirian sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata Muhyiddin, yang sehingga kini tidak menyatakan jawatan yang ingin ditandinginya, boleh memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana beliau lebih mudah diterima oleh anggota Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga golongan yang tidak menyokong Abdullah.

No comments: